17 Apr 2013
Beri remaja hak tunjuk jati diri
SAYA amat kurang senang dengan pandangan yang disuarakan oleh Encik Aman Samat, Banggakah anda sebagai Melayu ketika berada di Geylang Serai? (BH, 13 April).
Pertama-tama, setiap pandangan negatif yang dilemparkan terhadap mana-mana golongan, termasuk generasi muda masyarakat Melayu Singapura, harus disokong dengan bukti-bukti kukuh.
Ini bagi membantu perbincangan yang diadakan agar menjadi lebih berguna dalam usaha memajukan masyarakat Melayu setempat. Encik Aman tidak berbuat demikian.
Sebaliknya, "trend yang tidak sihat" dipraktikkan oleh golongan muda di mana "sikap, pakaian, gaya, adab" yang dipaparkan tidak mencerminkan jati diri bangsa Melayu hanya bersumberkan pemerhatian Encik Aman.
Golongan muda masyarakat Melayu setempat harus diberi peluang serta kebebasan memilih cara mencerminkan kebanggaan jati diri Melayu yang tidak terikat pada ciri-ciri luaran dan tertentu. Ini hak mereka.
Apabila melahirkan rasa bangga jati diri sebagai bangsa Melayu, kita harus sedar dan faham bahawa entiti bangsa Melayu itu sendiri mencakupi pelbagai pengaruh budaya dari seluruh nusantara; dan lebih penting pemahaman bahawa usaha memelihara budaya harus selari dengan peredaran masa - ia tidak statik.
Seterusnya, Geylang Serai tidak akan "dicintai" oleh semua orang dalam masyarakat Melayu setempat. Ini satu kenyataan. Ia tidak boleh dipaksa, terutama sekali ke atas generasi muda.
Pada masa yang sama, bagaimana dengan tempat-tempat lain, seperti Kampung Glam, yang dibanggakan oleh golongan lain dalam masyarakat Melayu?
Lebih mustahak, pengakuan serta kebanggaan golongan muda sebagai bangsa Melayu terus dipupuk dan tidak diikatkan pada sesuatu tempat, seperti Geylang Serai.
"Mercu tanda jati diri Melayu" tidak terikat hanya pada sesuatu tempat atau ciri-ciri luaran yang tidak boleh dinafikan serta dielak daripada dilanda perubahan mengikut peraliran zaman.
Ditinjau setapak lagi, persepsi sempit sebegini yang lantang disuarakan oleh segolongan masyarakat Melayu tempatan, seperti Encik Aman, hanya akan merugikan masyarakat Melayu pada jangka masa panjang.
Helmy Sa'at
remaja tak faham lah.
Chinan
è¡—è¡Œã��ç”·ã�Ÿã�¡ã�ŒæŒ¯ã‚Šè¿”る程ã�®ç¾Žå¥³ã€‚ã��ã�®ä¸Šãƒ¤ãƒ©ã‚·ã‚¤ä½“ã€�感度をã�ŠæŒ�ã�¡ã�§…